Rabu, 28 Mei 2008

DISEBALIK BATIK



Batik sudah lama sinonim dengan budaya Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina, India atau bangsa apa pun di Malaysia, batik sudah menjadi salah satu pakaian yang dikenali ramai. Selain dari menjadi pakaian basahan di rumah, batik juga menjadi pakaian rasmi bagi majlis-majlis formal dan jabatan-jabatan kerajaan.

Selasa, 27 Mei 2008

APA ITU BATIK



Perkataan BATIK adalah gabungan perkataan dari Indonesia dan Malaysia iaitu 'amba' dari Indonesia dan 'titik' dari Malaysia. Apabila digabungkan ia menjadi "BATIK" dan perkataan ini telah digunakan secara global di kebanyakan Negara didunia ini.

Fabrik BATIK telah wujud sejak beribu tahun dahulu. BATIK biasanya dikait dengan Negara di sebelah asia seperti Iran, Cina, India dan banyak Negara lagi, tetapi BATIK paling popular di Malaysia dan Indonesia.